Sunday, May 24, 2009

Bidadari Dari Timur

Bismillah al-Rahman al-Rahim



Sebuah buku yang bagus untuk kita meningkatkan kualiti diri sebagai seorang isteri dan mampu menyedarkan kita betapa bertuahnya kita lantaran bergelar isteri dan cukup tertarik dengan bait nasihat...

"Jadilah seperti pohon kurma yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh tangan-tangan jahat. Bila dilempar batu, ia tidak menggugurkan buahnya; sentiasa hijau baik kala musim dingin, panas atau hujan. Banyak manfaatnya yang boleh dikongsi. Namun ia tidak mudah melatah."

"Jadilah seperti lebah, makan daripada sumber yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik dan manis pula. Bila ia hinggap di ranting, tidaklah pula sampai mematahkannya, mematahkannya, menghisap pati bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu juga tanpa sengat, terbang dengan sebaran debu kecintaan, lalu hinggap membawa kasih sayang, Bersuara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan umpama ungkapan kesyukuran, ia seakan-akan malaikat dari langit yang turun ke bumi dari alam yang kekal"

Indah dan mengasyikkan dua bait di atas kan? Aku sendiri kalau flora memang penggemar fanatik bunga tulip dan untuk fauna lebah menjadi kegemaranku hatta aku membahasakan diri untuk abang dengan panggilan "bee". Bee mewakili lebah seperti bait di atas... aku tidak seperti lebah tetapi ingin menjadi lebah dalam versi insan.... Moga2 aku mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang sebagaimana abang telah menjadi suami terbaik buatku dan juga aku ingin menjadi lebah untuk anak-anakku.... dan keseluruhannya moga aku mampu menjadi seperti pohon kurma.....

Selamat membaca!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP