Wednesday, March 11, 2009

Know Your Parenting Personality

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Sekarang ni aku sedang habiskan buku ini... "Know Your Parenting Personality" dari Janet Levine. Tapi bila kat kampung ni.. sangkut sikit ah.. setakat pembacaan aku sehingga mukasurat 103 ni, buku ini merupakan sebuah buku keibubapaan yang perlu dibaca oleh semua yang bergelar ibubapa.. memang cukup membantu kita bagi mengenalpasti personaliti kita dari aspek keibubapaan seterusnya mampu memberi panduan kepada kita untuk memilih cara yang paling sesuai buat kita untuk mendidik anak-anak sejak dari kecil hinggalah mereka dewasa.


Buku ini akan memberi panduan kepada anda untuk :
  • membentuk pertalian yang lebih kukuh antara ibubapa dan anak-anak.
  • menghapuskan paten yang tidak memberangsangkan dalam hubungan anak-anak dan ibubapa.
  • mengeratkan komunikasi yang tepat antara anak-anak dan ibubapa.
  • mengurangkan tekanan dalam rumahtangga.
  • meningkatkan kesedaran diri dan mengenal pasti kekuatan atau kelebihan anda sebagai ibubapa.
  • menyokong untuk membenihkan personaliti anak-anak yang positif.
Sekarang aku sudah dapat mengenalpasti paten personaliti keibubapaan kami suami isteri.. berdasarkan kepada character serta hint yang diberikan.. abang akan aku klasifikasikan sebagai helper manakala aku sendiri di kalangan ibubapa yang dipanggil organizer. InshaAllah setelah ku ketahui karakter aku dan abang.. akan aku maksimumkan dan gabungkan dengan karekter abang dan ku mengharapkan anak-anak akan mendapat yang terbaik dari kami berdua....

Selamat membaca!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP