Thursday, May 29, 2008

First Things First

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Petang tadi selepas kerja sempat kami ke giant untuk membeli basikal litttlemishkah. Dah lama janji untuk beli basikal ni...kami janji kalau habis iqra' 1 nak beli basikal baru. Teruk betul rasa sebab dah berbulan-bulan mishkah habis iqra' 1.. hari ni baru dapat menunaikan janji tersebut. Ada jer halangannya..basikal yang berkenan habis stok lah.. apa lah dan akhirnya hari ni jumpa gak yang berkenan. Nasib baiklah mishkah bukan jenis yang meragam atau menuntut-nuntut.. dia jenis yang boleh menerima penerangan kami dan memahami. Dah beli basikal.. masuk ke MPH Bookstore. Dah aim untuk beli satu buku.. terus ke kaunter tanya stok.. Seronoknya buku idaman ada diskaun 20%. Jadi ini lah buku koleksi ku untuk bulan ini...



First Things First by Covey! Ada 373 muka surat. Buku ni daripada Covey penulis terkenal US, berkisar kepada pengurusan masa style baru.. bukan lagi pengurusan tradisional. Membaca mukasurat pertama buku ini di amazon.com sebenarnya.. terus jatuh cinta untuk mendapatkannya. Orang lain dah lama khatam agaknya buku ni. Harap dapat habiskan baca buku ni sebelum gaji bulan depan, kalau tak habis baca gak.. tak leh nak beli buku barulah, rugilah nanti burn gitu jer bajet bulanan untuk buku. Biasalah nge anak2 kecik ni banyak sket dugaan untuk menghabiskan buku walaupun hanya 373 mukasurat sahaja... kena korbankan waktu tidur lah nampaknya.

With love,

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP